Monday 8 August 2016

MISI sebuah core Team




'Sekarang ni kamu semua form 5, memang la rasa sedih nanti nak berpisah dengan kawan2. Tapi nanti bila dah di alam kampus, masing masing sibuk dengan suasana dan hal sendiri, lama lama makin lupa kawan kawan sekolah. Bila dah kerja, nanti makin lupa sahabat2 seperjuangan kampus pula'.

Bicara seorang guru matapelajaran Matematik Tambahan 5 tahun yang lalu ketika di dalam kelas kembali terngiang ngiang di gegendang telinga. Salwa, pelajar jurusan perubatan di sebuah universiti awam tangkas menarik buku buku miliknya di rak untuk dimasukkan ke dalam bag terhenti seketika. Anak matanya yang tadi tekun mengelaskan nota nota dan buku buku itu kemudian diangkat lalu dilepaskan ke arah permandangan luar tingkap. Memandangkan dia menyewa apartment di aras 13 seringkali membenarkan dia untuk menyaksikan kesibukan Bandar Pandan Indah itu setiap hari.
‘Mungkin juga jiwa aku pun sesibuk bandar ini…’. Bisik hatinya.

Dia termenung seketika.

Hembusan nafas dilepaskan. Panjang. Mungkin kerana penat. Maklumlah dia baru saja beberapa jam yang lalu tamat sesi peperiksaan bagi tahun dua perubatan. Tapi sebenarnya tidak kerana itu sahaja, ianya bercampur dengan perasaan sayu dek terkenangkan bicara cikgu tersebut yang diungkapkan 5 tahun yang lalu.

'Sahabat sahabat. Apa khabar kalian'. Bisik hatinya.

Tiba-tiba dia terpandang sebuah buku yang terselit di bawah timbunan buku teks perubatan. Dia kenal benar dengan buku itu. Buku nota atau kata lain buku conteng-conteng ketika di tingkatan 5 dahulu. Jari jemarinya lantas menarik buku nota itu lalu diselak helaian demi helaian. Bibirnya mengukir senyuman, geli hati melihat isi kandungan buku tersebut lalu bermonolog,

'Ah! lucu benar kita dahulu. Asyik saling membebel. Mahabbah benar kita dahulu. Semuanya mahu dikongsi bersama. Bagaikan tiada rahsia antara kita'.

Seketika dia tertawa sendiri melihat lukisan lukisan lucu di dalam buku tersebut. Lukisan itu menggambarkan 4 orang sahabat rapatnya yang sedang makan makanan di dalam talam dengan gaya berselera sungguh. Tasnim Insyirah, Amirah Khalik, Attirah Husna berserta seorang lagi sahabatnya iaitu Nur Awatif.

Di helaian seterusnya, terdapat lukisan yang lain. Nampaknya lukisan yang ini lebih melucukan sehingga ketawa Salwa didengari oleh jiran bilik sebelah. Ianya menggambarkan gaya Nabihah berpeluk tubuh sementara Salwa bersama mimik mukanya, mereka berdua sedang bertekak dengan Nasywah dan Nadzifatun Najwa. Di tengah tengah antara mereka berempat, terdapat seorang lagi yg lagaknya seperti orang tengah yang sedang mendamaikan mereka semua. Seorang itu adalah Azzah Nabila! Iya Azzah, dia memang selalu menjadi pemerhati dan pendengar tak ubah seperti di dalam lukisan itu.

'Amboi. Nabihah & aku vs. Nasywah & Najwa. Kemain'.

Ujar Salwa sambil menggeleng2kan kepala geli hati dengan lukisan tersebut. Mereka berempat memang selalu menyertai pertandingan pertandingan debat di alam persekolahan dulu. Cuma sekarang yang masih aktif dengan pertandingan debat hanyalah Salwa. Yang lain sudah pencen, mungkin. Ataupun semuanya sudah tidak berminat lagi untuk ke gelanggang perdebatan.

Di hujung kiri muka surat lukisan itu, tertera nama pelukisnya, Nadhirah Nasir.

'Hmm patutlah comel semacam lukisannya'. Salwa seperti sudah mengagak siapa pemilik lukisan itu. Iyalah, memang Nadhirah itu terkenal dengan kuat melukis dan lukisannya cantik cantik belaka. Boleh buat komik.

Di bahagian kanan helaian lukisan tadi itu, terdapat tulisan karangan panjang dalam Bahasa Inggeris. Short story bikinan Iman Abdus Samad. Iman, siapa tidak kenal, budak Aussie!

Itulah mereka. Semuanya punya karakter dan karenah tersendiri. Setiap daripada mereka semua berlainan karakter. Bagi Salwa, dia lebih sukakan perbezaan kerana dengan perbezaan lahirnya kesempurnaan.
--------------------

Namun, semuanya cuma tinggal kenangan. Kini, masing masing dengan kehidupan sendiri. Jarang sekali untuk berhubung. Walaupun hampir semuanya belajar di satu negeri yang sama, tapi entah mengapa susah benar untuk berkumpul dan berjumpa.

Rindu. Perasaan rindu untuk berpelukan mesra ukhuwah bersama sahabat sahabat semakin kuat mnyelubungi diri Salwa. Perasaan mahu duduk bersama dan melihat wajah sahabat sahabatnya itu semakin kuat menghampiri dirinya. Rindu untuk bersama-sama menghabiskan masa lapang dengan mengendalikan program, memikirkan masalah masyarakat, bersembang tentang peningkatan diri, berkongsi pengalaman di alam universiti dan mendengar cerita cerita gembira dan sedih yang diharungi.

Sekarang, entah mengapa masing masing merasakan sudah 'berjauhan'. Haih, benarlah pada realitinya untuk menjaga ukhuwah ini tidak semudah yang diperkatakan. Syaitan sentiasa punya jarum pelbagai inchi untuk mencukakan kemanisan dan melemahkan kekuatan ukhuwah yang pernah dibina dulu.

Salwa yang dari tadi termenung panjang akhirnya bingkas bangun lalu mencapai telefon bimbitnya, vivo. Butang 'on' ditekan, terpampar gambar dia dan seorang sahabatnya di skrin telefon yang sudah di set menjadi 'wallpaper'.

'Ah dia ini. Apa khabar agaknya dia ini’.

Dia teragak agak untuk memulakan mesej bersama sahabatnya itu. Maklumlah, sudah lama benar tidak bertanya khabar. Kekok. Namun setelah difikirkan untuk apa rasa segan dengan perkara yang dicintai Allah, maka dia memulakan perbualan terlebih dahulu melalui aplikasi Whatsapp.

“Salam. Nabihah. Dah habis exam?”

Tidak lama kemudian, deringan ‘notification’ Whatsapp kedengaran.

“Wassalam Salwa! Ya, ana dah habis exam. Alhamdulillah. Kenapa enti mesej ni? Rindu ya? Hahaha”.

‘Ceria benar sahabat aku seorang ini’. Bisik hati Salwa sambil pantas memetik papan kekunci telefon bimbitnya itu meneruskan perbualan.

Mereka saling berbalas mesej sehinggalah Salwa mengajak Nabihah keluar berjumpa,

“Nabihah, enti free tak esok? Nak jumpa tak? Hehe”.

Terus status Nabihah yang tadi ‘online’ bertukar kepada ‘typing’.

“InsyaAllah, ana free saja. Boleh. Boleh nak jumpa. Bila dan di mana? Kita jumpa kat mana-mana yang centre nak?”

Hati Salwa yang tadi penuh dengan suspen menanti mesej balas sahabatnya itu kini terus menjadi bahagia. Tidak disangka, Allah memudahkan hajat di hati.

Keesokan harinya, mereka pun berjumpa di Suria KLCC. Setelah hampir 20 minit mereka bertukar cerita kehidupan masing masing, akhirnya Salwa memulakan topik utama pertemuan itu.

“Apa khabar ya kawan kawan kita yang lain? Awatif, Najwa, Nasywah, Azzah, Amirah, Iman, Attirah, Tasnim, Izyan Iziaty, Masturah and Nadhirah Nasir? Lama tak dengar khabar mereka. Berjumpa apatahlagi”.

Nabihah yang dari tadi ceria kini menundukkan pandangan ke lantai. Benar, sudah lama Nabihah merasa jauh daripada sahabat2nya. Sudah lama dia memendamkan rasa keseorangan. Sehingga terkadang semua kenangan-kenangan manis yang pernah diukir bersama hamipr lenyap dari jiwanya. Akhirnya Nabihah bersuara,

“Itulah. Rasa jauh dengan sahabat sahabat seperjuangan kita kan. Azzah dengar cerita dah nak walimah dengan sahabat Mesir. Hashtag awal baq hang”.

“Haha hashtag awal baq hang. Lucu la enti ni. Azzah bakal walimah dengan Ahmad Harits​ kan? Ketua pelajar kita dulu. Gandingan hebat. Nabihah bila pulak”.

“Ana? Ana tak boleh walimah awai awai, nanti enti teriak nangis. Ana dirindui ramai”. Seloroh Nabihah selamba.

“Alahai, poyo nya. Ish, perangai tak ubah macam dulu! Tapi ada benarnya poyo enti itu, jangan tinggalkan ana awal!” Jari Salwa tangkas mencubit lengan Nabihah.

Mereka ketawa bahagia. Mereka berdua ini sukar benar untuk serius kalau perbualan topik itu yang diketengahkan.

“Nabihah… Sampai bila kita nak biar setiap daripada kita duk rasa berjauhan sedangkan kita semua tak jauh pun. Bila kita nak capai balik puncak kehangatan ukhuwah yang pernah kita kecapi dulu? Bila kita nak merasa buat program bersama sama lagi?”

Nabihah dapat merasakan sahabatnya itu sedang  mencuba untuk mengajaknya serius memikirkan tentang ukhuwah mereka yang kian pudar. Dia membiarkan Salwa meneruskan bicara.

“Nabihah, kenapa diam? Nabihah yang ana kenal ini jenis penuh dengan idea. Mindanya penuh dengan strategi-strategi dan plan plan. Teruskan menjadi sahabat kami yang cerdas, Nabihah!”

Pandai Salwa memikat hati sahabatnya untuk bersama memikirkan jalan penyelesaian memandangkan mereka berdua telah merasai permasalahan yang sama.

“Memandai je Salwa ni. Alah Salwa pun apa kurangnya, hikmah yang ada pada diri enti peh up to the max! Sebab tu boleh plan nak jumpa ana kan semata mata nak berbincang perihal ini bukan?”.

Mereka saling membalas senyuman. Terkenangkan memori zaman sekolah dahulu. Apabila punya masalah, semuanya berkumpul membincangkan jalan penyelesaian di atas musolla sekolah mahupun di dataran asrama puteri.

Hasil perbincangan mereka tadi ialah mengajak dua orang lagi sahabat untuk menyertai projek merapatkan ukhuwah dan menyuburkan hamasah dakwah tarbiyah di kalangan 9 orang lagi sahabat sahabat mereka.

“Hmm. Kita nak ajak siapa ya lg dua orang itu? Tak cekap dah nak pick up nama sahabat2 kita, sebab dah lama tak jumpa, dah lama tak bermesra seperti dulu, dah lama tak organize program bersama”. Ujar Salwa kebuntuan.

“Emm, ana rasa kita boleh ajak Attirah Husna sertai projek memurnikan ukhuwah ini. Ana kenal dia, walaupun nampak seperti dia mendiamkan diri nun di USM Kubang Kerian sana, tapi inshaAllah dia itu ‘stable’ saja. Dulu masa tingkatan 5, kami pernah duduk bersama di atas musolla seusai menunaikan solat Asar. Dia pegang tangan ana dan beritahu “Nabihah, enti jadi tulang belakang ana yg paling kukuh boleh?”. Serious talk, dia di antara sahabat kita yang prihatin tentang keadaan sahabat-sahabat yang lain”.

“Ouh iya. MashaAllah. Indahnya kenangan yang kita pernah cipta dulu kan. ‘zaman suci murni’ lagi”. Kata kata Salwa itu dituruti dengan ketawa.

Lalu dia menyambung,
“Lagi seorang… Ana rasa kita boleh pick up Nasywah Hanan! Dia kan sahabat kita yang luar biasa dari segi pengorbanan”.

Ya. Benar. Attirah dan Nasywah mempunyai karakter yang istimewa. Tak semua orang mampu menjadi seperti mereka.

“Okay bereh. Ana approach Attirah untuk sampaikan idea ini. Enti approach Nasywah”.

“Okay deal!”
--------------------------------

Misi mendekati Attirah Husna dan Nasywah Hanan berjaya. Kata Attirah,

“InshaAllah ana yakin sahabat sahabat kita semuanya tak lari terpesong jauh. Maksudnya none of us yang couple. None of us yang terus stop daripada mengikuti program program berorientasikan tarbiyah. Semuanya masih ikut program tarbiyah, cumanya level gerak kerja kita berbeza. Mungkin kerana realiti kampus yang berbeza, mungkin juga kerana diri kita sendiri yang tidak cukup kuat untuk terus cekal menjadi penggerak kampus, ataupun mungkin kerana kita belum cukup baik dalam mempersiapkan diri dari segi pngurusan masa untuk belajar dan dakwah tarbiyah. Jadi inilah faktor faktor yang mendorong kepada ukhuwah kita lesu, juga kesefahaman dalam gerak kerja hampir tiada. Apapun kita perlu ubati masalah masalah ini segera”.

Attirah seringkali bersama pandangan-pandangannya yang tajam tapi berhikmah. Dulu dulu, kami pernah menggelarnya ‘ibu’ dek keperibadiannya yang keibuan.

Next stage ialah mendekati dan membina hubungan hati yang kukuh bersama Sembilan orang sahabat yang lain. Mereka berempat pun berjumpa di rumah Attirah Husna bagi membincangkan next step kepada projek memurnikan ukhuwah itu.

“Projek kita ni kelihatan rumit sedikit disebabkan kita ada strategi yang disusun rapi dalam menjalankan projek ukhuwah ini. Jadi memandangkan kita semua bakal pulang bercuti di rumah masing masing, mungkin agak sukar untuk kita seorang menjalankan strategi ini secara serentak kepada 9 orang sahabat kita. Iyalah, kita semua ada tanggungjawab dengan mak ayah, adik2 saudara mara bila cuti ini”. Ujar Salwa dalam nada serius.

Dahinya memang berkerut kerut ketika sesi perbincangan. Attirah Husna juga lebih kurang saja dengan Salwa, watak serius mereka mudah hadir apabila diajak berbincang. Inilah salah satu kualiti da’i yang berharga pada diri mereka. Karisma seorang ketua pelajar dan biro disiplin sekolah masih tegar di dalam diri mereka berdua.

“Ataupun kita perlu adjust sedikit strategi yang telah kita gariskan itu supaya kita boleh melaksanakannya? Be flexible”. Attirah mengeluarkan pendapat.

Nasywah Hanan membalas dengan memberikan pandangan yang lebih matang,
“Emm, ana rasa tidak perlu. Sebab setiap satu elemen dalam strategi yang kita bincang tadi ada signifikannya. Kalau buang satu, tidak cantik gerak kerja kita”

Nabihah yang dari tadi asyik mengunyah coklat Nips cuma mendengar perbincangan sahabat sahabatnya itu. Ralit benar dia bersama Nips itu. Bak kata Attirah, “Nabihah dan cekelatnya, happy sungguh!”.

Salwa memandang Nabihah sambil memberi isyarat meminta dia mengemukakan pendapatnya pula.

“Okay okay. Hehe. Pada pandangan ana, better kita bahagikan bilangan 9 orang sahabat sahabat kita itu sesama kita. Maksud ana, setiap daripada kita approach 2 orang. Itu lagi mudah dan efektif. Tidak perlu kita berempat approach semua serentak”.

Attirah, Nasywah dan Salwa saling tersenyum bersetuju dengan idea tersebut.

---------------------

Setelah sebulan menjalankan projek memurnikan ukhuwah dan mengembalikan hamasah itu, akhirnya maklum balas yang terbaik didapati.

Nasywah Hanan melontarkan pandangan bernas,

“Salwa, Nabihah dan Attirah, nampaknya kita dah berjaya memikat semula hati sahabat sahabat kita yang lain. Malah sesama mereka pun sudah rancak bermesra! Apa next plan kita? Sebab ana rasa tak cukup sekadar rancak bersembang di media sosial sahaja”.

Karakter yang ada pada Nasywah memang cantik. Dia mampu menjadi ketua kumpulan. Dia juga mampu menerima arahan sebagai ahli kumpulan. Karakternya itu membuatkan gerak kerja projek ukhuwah ini semakin lancar. Alhamdulillah.

Attirah menoleh ke arah Salwa lalu bersuara,

“Okay Salwa as our leader, ada plan baru?”

Salwa tersengeh melihat kesungguhan sahabat2nya itu. Dalam hati, dia teramat bersyukur dikurniakan sahabat sahabat yang mampu bergerak di atas bahtera yang sama.

Seperti biasa, untuk part idea, plan, strategi ini selalunya diserahkan kepada Nabihah memandangkan kelebihannya di situ. Tetapi kali ini,

“Hmm.. Mungkin kita boleh buat rehlah. Asyik tamrin saja sebelum ini. Apa kata kita cuba buat rehlah pula. Makan bersama, mandi sungai, hiking, tidur sama-sama, saling bertukar cerita, ziarah rumah sahabat sahabat dan lain lain? Tapi ana rasa kalau kita buat jaulah ataupun rehlah pun sudah bagus”.

Nasywah menyambung,
“Yang penting, dalam rehlah itu perlu diselitkan tazkirah yang berisi agar jiwa kita kembali hidup bersama memikul beban dakwah ini semula”.

“Ya. Ana setuju sangat!”. Balas Attirah bersama senyuman terindah terukir di wajahnya.

---------------------------

Akhirnya rehlah yang dirancang itu berlangsung.

Erat Nabihah memeluk tubuh sahabat akrabnya, Tasnim Insyirah lalu berbisik di telinga Tasnim,

“Tasnim, ana rindu sangat dengan enti. Rasa lamanya kita tak berjumpa. Lamanya kita tak berprogram bersama. Lamanya kita tak berbual”.

Terasa tubuh Tasnim seperti sedang menahan air mata yang deras mengalir. Dipandangnya wajah putih mulus Tasnim sambil mengesat air mata yang mengalir itu. Tasnim yang dari tadi diam akhirnya bersuara,

“Ana jauh lebih merasai rasa rindu itu. Saat kita susah sama sama di alam persekolahan dulu, bertukar2 nasihat, selalu menelefon dan lain lain. Ana tak lupa. Cuma mungkin kita terleka dengan suasana kampus masing2, membuatkan kita jarang jarang berhubung. Tapi ana tak lupa ukhwah kita. Kita mulakan kembali kemanisan persahabatan yang pernah kita jalinkan dulu boleh?”

Mereka kembali berdakapan. Azzah Nabila dan Amirah Khalik yang memerhatikan mereka dari jauh datang turut merangkul bahu kedua2 sahabat mereka itu.

Tiba tiba terdengar seseorang melaung memanggil,

“Siapa nak makan durian? Wuuu buah durian jatuh! Uih bukan senang nak dapat buah ni kat KL!”.

Mereka berempat terus mengesat air mata masing2 dan berlari mendapatkan sahabat mreka itu.

“Nadhi, mana duriannya?” Soal Amirah sambil memandang sekelilingnya mencari buah durian.

“Hah? Durian? Mana nak datang durian kat sini? Orang tak tanam lah durian kat tepi sungaii!”. Jawab Azizah Yaman sambil mengetawakan Amirah Khalik.

“Yelah. Sikit sikit ana saja yang terkena”. Amirah menjeling.

“Amirah.. Enti kan paling comel di sini, haruslah selalu dibuli”. Seloroh Nadzifatun Najwa dengan nada selamba.

“Ana saja je cakap buah durian jatuh. Hehe. Sebenarnya nak panggil antum semua ke sini. Sebab Salwa nak buat briefing sebelum kita terjun ke sungai”. Nadhirah membetulkan semula pernyataan yang dibuatnya tadi.

Nadhirah Nasir, Nadzifatun Najwa dan Azizah Yaman bahagia mentertawakan sahabat mereka itu. Amirah memang seringkali digelar ‘paling comel’ kerana tubuhnya yang sedikit rendah berbanding yang lain dan sikapnya yang memang comel.

“Ish, janganlah buat macam tu kat kawan ana. Kesian dia. Kalau ada sesiapa berani usik Amirah lagi, siaplah dia”. Nur Awatif tiba tiba muncul dari belakang lalu meletakkan tangannya di atas bahu Amirah sambil tangan kanannya mencekak pinggang.

“Eleh. Awatif tu kecik je. Kami jentik sekali je, terus melayang”. Nasywah Hanan nakal mengusik Awatif.

“Eh eh. Jangan buat macam tu dengan Awatif ana. Dia nak ke Mesir dah”. Tiba tiba Iman Abdus Samad muncul berdiri di sebelah Awatif, lagaknya seperti seorang pengawal diraja.

Azzah bingkas bangun berdiri di sebelah Amirah Khalik dituruti dengan Tasnim Insyirah lalu berkata,

“Kami sayang Amirah dan Awatif”.

Suasana yang lucu tadi bertukar menjadi syahdu. Masing masing menzahirkan rasa kasih sayang terhadap sahabat sahabat. Inilah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Kita harus menzahirkan rasa mahabbah kepada sahabat2 yang disayangi.

“Okay okay. Sahabat sahabat ana semua yang solehah solehah, jangan gaduh gaduh. Ana tahu kita semua dah lama tak berkumpul berjumpa. Japgi dalam sungai sambung bergurau senda ya. Okay, sekarang kita akan mandi sungai dalam 45 minit. Kemudian kita akan masak makan malam bersama2 dan solat maghrib yang akan diimami oleh Izyan Iziaty. Selepas itu, kita akan ada sesi tazkirah bersama jeng jeng.. Saudari Nadzifatun Najwa yang bertajuk Stamina Seorang Da’i! Okay before masuk sungai, jangan lupa kita semua perlu medirikan khemah dahulu ya”. Salwa mengambil alih suasana tadi untuk membuat sedikit briefing.

“Baik boss”. Serentak mereka semua bersembilan orang menyahut sambil bingkas bangun.
---------------------------

Setelah tamat sesi tazkirah oleh Najwa, Iman Abdus mengajukan satu soalan,

“Emm, apa faktor faktor yang menyebabkan kita futur, hilang semangat dalam melakukan dakwah tarbiyah, tidak mampu menjadikan dakwah tarbiyah sebagai jalan kehidupan dan terasa jauh dengan sahabat2 yang solehah2?”

Suasana hening seketika. Bunyi Masing masing terasa soalan itu terkena dengan realiti masing masing.

Azzah mengangkat tangan meminta izin untuk melontarkan pendapatnya,

“Mungkin di antara faktor yang menyumbang kepada permasalahan tadi adalah kerana lemahnya hubungan dengan Allah. Kita selalu melewat2kan solah. Kita tidak bangun malam. Mungkin juga ianya kerana kita selalu membiarkan diri kita tidak mendapat solah yang khusyuk”

“Benar sekali kata kata Azzah itu”. Attirah Husna bersuara.

Seminit kemudian, Nasywah memberi isyarat meminta izin untuk mengemukakan buah fikirannya,

“Pada pandangan ana, hal itu berlaku apabila kita kurang melibatkan diri bersama orang yang soleh solehah. Kita perlu mengambil peluang untuk berbual mahupun mengisi masa lapang bersama orang orang yang solehah”. Nasywah seperti biasa, dia tidak banyak bicara tetapi bicaranya padu belaka.

“Kan. Ana setuju dengan enti”. Nur Awatif menyokong.

Tidak lama kemudian, Amirah khalik pula bersuara,

“Mungkin juga kerana kita biarkan diri kita dengan dosa dosa sehingga rasa selesa dan rindu dengan dosa yang dilakukan. Kita tak berusaha utk meninggalkan jahiliyah yang melekat pada diri. Mungkin kita berusaha, tapi belum benar benar bersungguh. Sebab Allah itu kan Maha Mengetahui tentang usaha usaha kita”.

“Betul. Ana rasa jawapan sahibah2 semua betul. Itulah faktor kenapa kita tak rancak dalam melakukan kerja kerja membaiki masyarakat sebelum ini. Itulah penyebab kenapa kita tidak mampu untuk terus menerus menyahut panggilan yang memanggil kita bersama gerabak tarbiah”. Ujar Tasnim Insyirah penuh semangat.

“Memang sukar untuk mengasingkan diri drpd masyarakat yg rosak. Tapi yang sepatutnya kita lakukan adalah mengasingkan jiwa daripada jahiliyyah dan masyarakat yang rosak. Bukan fizikal. Itulah namanya uzlah syuuriyah taammah”. Nadzifatun Najwa menyempurnakan kesimpulan kepada persoalan Iman Abdus itu.

---------------------

“Nabihah, bila enti grad?”

“Ana grad masa umur 23. Grad first degree. Second degree umur 24. Ana naik pentas dua kali. Nanti enti boleh pilih nak mai sambut ana kat UIAM masa first degree or second. Haha. Tak mai siap, sebab ana ulas panjang dah ni”.

“Haha. Ada ada saja enti ni. Ana mai yang first degree kot kalau tiada aral melintang. Second degree tu mana boleh nak pergi. Ana grad waktu tu juga”.

“Ouh okay. Bereh!”

“Nabihah, ana nak cakap something. Boleh?”.

“Ya bisa aja kok. Kenapa macam serius semacam?”

“Memang serius pun”

“Hehe. Okay, apa dia?”

“Lepas ni, Nabihah janganlah rasa keseorangan. Janganlah pendam semua rasa dalam hati. Ana selalu ada di sisi untuk memahami rasa jiwa enti. Believe me, Im always there for your voice”.

“Emm, tetiba rasa hujan turun (Memandang ke langit, menahan air mata yang mula bertakung di kelopak). Ya Salwa, enti memang sahabat ana yang luar biasa. Mampu berkorban untuk sahabat yang lain dari segi wang ringgit jiwa mahupun masa”.

“Tak ada apa sangatlah ana buat. Setiap daripada kita memainkan peranan. Nabihah, detik2 yang kita luangkan bersama sahabat sahabat ini jangan dibiarkan begitu sahaja. Kita kena simpan memori ini sehingga dah kawin beranak pinak nanti”.

“Ya inshaALLAH, Salwa! Ana akan ingat simpan semua ini sehingga ke hari tua. Sahabat2 kita ini akan terus kekal di atas landasan dakwah tarbiyah ini sehingga ke hari pengadilan Allah nanti”.

“Terima kasih sahabat”,

Salwa with her pink hijab. Cantik kan? Hehe
---------------------------
Moga kita semua kembali gencar seperti dahulu, sahabat!

Tuesday 19 July 2016

The Single Flower




Am I going to be like this?

Being left out.

Standing alone.

I'm just afraid if I would be left out once again.

So now, I am going to live this life happily without anyone.


Saturday 21 May 2016

Syafiqah my roommate dah balik πŸ˜₯

Syafiqah went back home.

Okay now, hows your feeling? Sad. 😭

Dia tahu tak yang kau sedih?
Uih, haruslah tidak.

Dah bgtahu belum yg kau nak sebilik dengan dia lagi?
Uih,  haruslah belum.

Dia tahu tak yang kau suka kawan dgn dia?
Uih, ape jenis soalan. Mesti lah dia tak tahu. Kau ingat, aku banyak bercakap dengan dia? Mana ade lah. Kitorang sembang sikit2 je. Buat keje masing2 . Tapi kitorang selalu share mcm2 bende. Sikat haha, mangkuk, sabun, ironboard, iron. Macam2 lah 😁. Tapi tak banyak bersembang. Masing2 malu nak cakap banyak , padahal dah setahun duduk sebilik.

Okay, ketawalah πŸ˜‚πŸ˜‚. Macam orang bercinta sebelah tangan. Lol. Sunyi bilik ni, sunyi.

Syafiqahh, rinduu.



Monday 16 May 2016

I know that SADNESS 😒

For my dearest brothers and sisters.

I know you are in sadness. Sedih. Sedih bila kawan2 sepupu sepapat semua gembira dengan result UPU masing2. Semua kecoh2 dengan result masing2. Kita?

Mungkin juga ada sebahagian yang merasakan, 

"I feel like I am the dumbest one". 

No, you are not! Trust me. 

Waktu saya dulu, 4 years before i guess.. Kawan2 yg dpt 8 A, 9 A pun tak dapat UPU. It's normal. 

Kalau macam saya pula, entah mcmana boleh overlook masa isi UPU tu, ada part2 yg terlepas pandang then sbnrnya UPU tak dapat nak proses maklumat yg diberikan. Then masa cek result UPU, dapat result yg UPU tak dpt proses maklumat saya.  Abah pun call offive mohe UPU tu, they told abah that I failed to fill all the blanks provided in the UPU website. 

Kay. Fine. Sedih. Haruslah. Nangis. Perkara wajib πŸ˜‚ dilakukan. Sedih, sebab kita menanti2 result UPU, lastly tak dapat apa, malah boleh pula disebabkan salah sndiri. 

But ada satu perkara yg membuatkan saya bersegera utk positive ialah Abang ketiga saya telefon, tanya tentang result UPU. I told him, I got nothing. He knew I was sad because of the tone of my voice. He listened me first, then he said, 

"Kita kan ada Allah. Allah kan tak pernah menzalimi hamba hambaNya. Allah kan Maha Tahu. Dia kan Maha Melihat. Dia kan Maha Mendengar. Berdoalah. Tiada yang mampu menghalang kita drpd berdoa. Kan masih ada peluang utk second in take. Berdoa. Doa. Kalau Allah nak bagi kita sesuatu, siapa yang boleh halang? Tak ada siapa boleh halang. Yakin, dengan Allah, apa yang DIA tak mampu?". 

I missed that moment. Indeed, banyak jasa dia utk kehidupan seorang adik ini. He taught me about Allah very well. 

Pada waktu tu, saya rasa yang selama ni saya bergantung kepada kemampuan diri. Tidak kepada Allah.

Sepanjang tempoh nak dapat result UPU intake kedua tu, everyday I made Hajat prayer. Berdoa sungguh2. Sebab saya suka belajar. Saya suka baca buku. Saya suka masuk kelas. Kalau tak masuk universiti, terbayang dah alangkah bosannya kehidupan. Jadi everyday meminta kepada Allah petunjuk, solat taubat dan solat hajat agar diberi tempat belajar yg terbaik. Waktu tu lah terus termuhasabah dosa2 yang dilakukan. Terima kasih kepada UPU sbb tak proses maklumat aku molek2, kalau tak mesti tak berapa ada chance utk aku muhasabah. Leuls. 

Result UPU for 2nd intake keluar lambat, then... Abah and Mak decided for me, 
"Masuk Khassah". 

Yes, i went there. But only for a week. πŸ˜‚πŸ˜‚. I used to live there happily, tapi serius rindu kawan2 sekolah masa tu. Asyik teringat saat2 dengan kawan2 masa form five. Iman Abdus, Umi Salwa and Sarah Fariha are my best friends on that time and i.A till now. Uih, rindu. 

Then a week after, result UPU for 2nd intake was anounced. 

Allah izin dapat UIAM, Asasi Undang-undang.

Tak expect pun dapat UIAM sbb universiti tu tak familiar dgn diri ini. Tapi dah dapat yg tu, I had a short discussion with parents and sisters.
Mak cakap, 
"Masuklah UIAM. Sebab Mak tak rasa kamu boleh patuh dengan peraturan sekolah. I know you will be having a better life there". 

Yes, mom knows her daughter better. Yes I admit. Saya bukan org yang skema, tak suka peraturan, sudah pasti I was not a very good girl. It was the old me. 

Masa on the way Abah hantar ke UIAM, he said, 
"Jom balik semula. Patah balik jom. Abah tak sedia untuk jauh2 dgn anak". 

Sedih nyaa lahaii. Padahal time tu kat Rawang dah pun. I just remain quiet. Sebab masa tu berfikir2, kenapa UIAM? πŸ˜‚πŸ˜‚. 

Abah continued, 
"You know what, Allah will never leave you behind. Whenever you pray, He listens. Whenever you cry, He sees. Whenever you are in pain, He always can cure. Just remember, tak sama doa orang yang yakin dgn Allah dgn doa orang yang ragu2. Jadi kita kene setiasa yakin yang Allah akan terima doa kita, itu hak Allah. Allah berhak ke atas kepercayaan drpd kita". 

I do really appreciate that words. Abah, kau pikir senang abah nak bawa keluar ayat ayat gituπŸ˜‚ . 

Ya, Allah tak pernah tak nampak kita. Just believe! Berdoalah dengan penuh keyakinan. 

Dont be sad. Yang penting jangan tinggal kerja2 DnT. Allah is always there for you. Masih ada masa, berdoa lah. Rezeki pasti ada utk kita semua. Terutama utk para du'at 😘

Tingkatkan TAQWA. inshaAllah rezeki akan datang drpd sumber yang tak disangka sangka.

Wednesday 11 May 2016

I want to be your room mate again!

I want to be your room mate until the end of the fourth year degree.

May I? Sudi tak? (blink2 eyes)

One of the best bounties when becoming a university student is having a nice room mate. Alhamdulillah, I am given a very nice room mate from kulliyah Economics, an accounting student. I have been given a twinning room, so I have she only unlike others who have 3 room mates in one room.

Happiness is mine when Allah grants me with this kind of room mate! I never heard she said any bad word, very polite, does respect my privacy, caring, a magnificient smile I ever seen is hers, and many more. One thing yang mmg buat saya teruja is, she will go out at 6.45 AM on every Thursday to attend usrah. Baguskan?!

But the problem is, I don't know how to tell her my wish to be her room mate again for next semester. Malu haha.

Last 2 weeks, I told Mak,
"Mak, I have a nice roommate. And I want to be with her again for next semester. But, malu to tell her".

Mak gave me a glance of smile and said,
"Just speak it out. Sometimes people lagi suka kita bgtahu yg kita nak dgm dia lagi, sbb dia akan rasa dihargai".

I am thinking of it till today.

Last Friday, I told Tisya who is one of my closest friends,

'Aku nak room mate dengan syafiqah lagi'.

'Then, bagitahulah dia. Apa masalah kau?'.

'Entah. Aku malu. Malu nak minta jadi room mate dengan dia. Sebab aku tak sebaik dia, takut dia lah taknak jadi room mate aku dah'.

'Kau nih. Macam2 benda kau malu. Speak out of your thoughts tak malu pulak'.

'Speak out of my thoughts is something else laa. I have that confidence because those are derived from books I have read. Ni nak propose room mate jadi room mate sem depan ni bende rumit bg aku. Aku takut dia tak nak.'

'Alahai. Sini aku ajar. Aku bagi skrip ni kat kau, then balik bilik japgi kau apply. Bla bla'.

Sampai diberi skrip. But still I haven't try reading the script yet haha. Still waiting for some strength come into my heart to speak it out.

Syafiqah, please accept me to be your room mate Hahaha. Agar kita bisa sujud bersama di atas sejadah yang sama setiap hari.





Tuesday 10 May 2016

Difficult

How difficult the difficult is?

When your lecturer does not have expertise on that area, but she is the one who designing questions on that particular matter,

Only then you will know what the real 'difficult' is.  How we were screwed up!


Be patient, because after every hardship comes ease.

Sunday 3 April 2016

When it comes to his time

Now, I have to share.

The end of privacy and what all. And Allah witnesses every drop of tears remembering all the memories we have spent before.

Frankly speaking, I am in the middle of trying to adapt. Adapting from being too dependent on yourself and starting avoid a secret and privacy conversations. What a privacy when your 'bachelor' is no longer.

Be it now or later.

Thanks for always telling me, your friends and your new wife that i am your beloved sister

"ni adik kesayangan" .

Several times i heard it and i never respond that you are my beloved brother before. So now,

"Thanks for being my beloved brother and the best brother evah".


Thursday 7 January 2016

Hows The Laws School?


Yeah, IIUM Laws School.

If people ask you, "What's the speciality of being Laws student?".

Do answer this, "You won't never feel the 'happiness' of under pressure until becoming a laws student. Only laws school provide that pressure".

Haha. Trust me.

One of the most significant lesson is, for the first time in my life, I have been cheated by my closest friend. And I am not the one who is being victimised. Others do.

Ok, that's all.