Tuesday 4 April 2017

The Fault in Our Lunch

Aku taknak jadi panelis forum bukan kerana kedekutnya ilmu. Bukan kerana mahu menjaga kepentingan diri. Bukan juga kerana malas bersedia.

Tapi cuma satu, aku punya alasan yang tidak perlu diceritakan pada semua orang. Kerana yang perlu ramai orang tahu adalah rahsia di sebalik kejayaan bersama jiwa jiwa yang parah sosial. Mereka yang terlibat dengan arak, dadah, rokok, batas lelaki perempuan totally out, sentiasa perlukan kasih sayang seorang da'i.

Sebenarnya bila bercakap tentang berinteraksi dengan masyarakat, perkara paling utama yang menyumbang kepada kejayaan dalam proses interaksi dan berdakwah adalah karakter dan peribadi sang da'i itu. Bersahabat dengan masyarakat sosial ini sangat mencabar. Kadang, tercabar prinsip, tercabar iman, tercabar ego, juga tercabar sabar di hati. Kerana mereka ramainya yang tidak mengerti apa itu nilai 'LOVE' dan 'RELIGION' dalam sebuah kehidupan. Kebanyakkannya membesar dalam keluarga yang tiada nilai nilai islam, hormat menghormati dan kasih sayang. Jadi jangan persalahkan karakter dan pembawakan mereka yang kurang beradab jika kita benar benar ingin memproses diri mereka :) Yang penting ialah apa karakter dan pribadi yang harus ada dalam sifat para da'i yang bercita cita mahu mengisi kekosongan jiwa jiwa masyarakat sosial dengan kalimah Lailahaillallah.

1. IKHLAS
Lakukan apapun kebaikan hanya kerana Allah. Menyayangi mereka kerana Allah. Belanja makan kerana Allah. Mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit utk mereka hanya kerana Allah. Mendengar luahan hati mereka kerana Allah. Membantu urusan pelajaran dan hidup mereka kerana Allah. JANGAN LAKUKAN  apa pun pengorbanan kalau bukan untuk Allah, kerana mereka adalah manusia yang penuh dengan masalah dan belum benar benar matang. Kata kata dan perbuatan mereka selalu saja melukakan hati, jadi jika kita tidak ikhlas maka kita akan cepat berputus asa dan berhenti dalam beramal.

2. SABAR
Sabar adalah sumber kekuatan aku masih setia di sini bersama mereka. Apapun bicara mereka, apapun reaksi mereka, SABAR. Sabar ni bukannya terus boleh dapat sabar. Kita kena selalu remind hati dan jiwa, minta untuk sabar. Sabar ni pun Allah yang bagi. Kena minta pada Allah selalu. 

Sehingga kawan kawan pernah bertanya,

"Dalam family kau kan, mak bapak kau tak ajar express perasaan ke?"

"Maksudnya?"


"Takdelah. Maksud aku, aku tak pernah nampak kau marah. Sedih keluar air mata tu pernah lah. Tapi tak pernah nampak kau marah. Kalau aku marah kau pun, kau cakap nanti kita bincang lain and blah".


"Eh takdelah. Family aku jenis terus terang je lah. Expressive je semua. Kau biasa je kan nampak aku express happiness by smiling and laughing. Express sadness by crying."


"Bukan. Maksud aku, aku tak pernah nampak kau marah."


"Ouh, nak marah ni benda senang je. Nak tahan marang yang susah. Jadi tak challenge diri lah kalau buat benda senang. Mungkin juga sebab aku tak ambil hati apapun yang kau buat."


Sabar dan memaafkan. Maka kita akan boleh lama bersahabat dengan mereka.

3. SENTIASA MEMAAFKAN 
Apapun kesalahan yang mereka lakukan pada kita, maafkan. Kalau rasa ingin berikan pengajaran, just say,

"Kalau kau buat benda tak elok cemtu out of FUN. Kita kena tanya balik diri kita, apa maksud FUN. Fun is a happiness which till the end of our last breath, we still can feel that FUN. Tapi kalau kau buat benda tu cuma dapat Fun sejekap je, and at the end of the day akan bagi kau suffer, sakit apa semua, tak fun pun sebenarnya. Aku cakap ni sebab aku tahu peritnya rasa sebuah penyesalan yg kau akan alami nanti."

4. PENUHI KEPERLUAN MEREKA
Selalunya mereka perlukan aku dalam aspek pelajaran dan cerita masalah kehidupan. Sampai mereka merasakan yang kita sangat mengutamakan mereka dalam kehidupan kita. Kalau boleh tlg bab belajar tu, sangat baik. Sebab bab akademik je kan, bende nya dah ada dalam buku. Tinggal nak faham and tlg terang je. Point dia kat sini, kena rajin study lah juga kalau nak boleh bantu org lain. Masa mereka tak sihat, benda mudah belikan ubat, makanan kat cafe dan buatkan air. Tak susah pun.

5. RAJIN
Kalau kita ringan tulang, mereka pun tak segan silu nak meminta bantuan kita apa apa pun. Tlg bentang cadar. Tlg sidai kain. Kalau kita takde selera makan, just teman mereka makan pun okay dah. Jangan malas malas. Jangan banyak tidur. Kena kreatif bina suasana spy kita dapat beraktiviti dengan mereka, mcm jogging sama sama, dll.

6. BERCAKAP PERKARA PERKARA YANG MAMPU MEMBANGUNKAN JIWA MEREKA
Aku suka mention kelebihan kelebihan yang ada pd diri kawan kawan. Aku selalu bagitahu bahwa aku recognise kelebihan kelebihan yang ada pd diri mereka.

"Kau punctual lah. On time. Disiplin betul."

"Kau jenis teliti."


"Aku suka style kau yang tak mudah rapuh dan ambil hati. Strong heart".


Sebab mereka dah penat hidup dalam suasana dipandang rendah. Diperlekehkan. Jadi tugas seorang da'i ialah membangkitkan semula kualiti diri mereka.

7. CERITAKAN PADA MEREKA SIFAT SIFAT ALLAH
Yang paling aku kerap sebut ialah,

"Allah tu tak sejahat yang kau fikirkan. Dosa yang kau buat tu takde apa sgt pun nak dibanding dengan Sifat Maha Pengampun Dia."

8. JANGAN MUDAH AMBIL HATI
Jangan overthinking. Relax. Semua benda boleh settle. Bila tak ambil hati, kita akan terus menerus berbuat baik dengan mereka. 


To be honest, sepanjang bersahabat dengan mereka, aku bukanlah orang yang sgt loving dan caring. Biasa biasa saja. Tak pernah pun cakap "aku sayang kau". Wallahi tak pernah. Tak jiwang romatik smua tu tak tak. Haha. Cuma banyak buat melalui perbuatan. Tapi selalu je cakap "Aku suka sangat berkawan dengan kau."


Jadilah da'i yang tak perlu nak berlakon jd diri org lain. Tapi disenangi oleh org. 




No comments:

Post a Comment